Tuesday, 5 July 2011

LUKISAN KERJA TANGGA

Satu sistem akses dan penghubung antara lantai-lantai dalam dan luar bangunan












FUNGSI PRIMER


Membolehkan proses akses sirkulasi menegak dan memberi laluan masuk
tersedia ke atas atau ke bawah dengan mudah selesa dan selamat

FUNGSI SEKUNDER

- Estetik
- Titik tumpuan ( fokal )

REKABENTUK TANGGA


Struktur perlu kuat dan stabiltangga berfungsi seperti lantai untuk menanggung beban mati dan beban hidupSatah melintang anak-anak tangga perlu menanggung pergerakan antara lantai-lantai.
Kegunaan yang selamatpembinaan, rekabentuk dan ukuran penaik/tetingkat, jejak, ruang tangga dan ukuran susur tangan dan jerejak/pelepar yang selamat mengikut undang-undang bangunan (UBBL; Building Regulation BS 5395, BS 585; BOCA National Building Code) .
Selamat dan terlindung dari kebakaran.
Boleh diakses oleh manusia, perabot dan peralatan dalam bangunan.

KOMPONEN DAN TERMINOLOGI TANGGA

1. Anak Tangga
Satu siri jejak dan penaik/tetingkat yang terbuka atau tertutup (riser).
Jejak/tred - permukaan ufuk ukuran mesti > 230mm.
Penaik (riser) - tetingkat atau permukaan tegak/ hampir tegak, ukuran mesti < 190mm.
Unjuran kecil/anjur.
  Lazimnya anak tangga tertutup mempunyai jejak yang mengunjur lebih dari permukaan tegak digelar unjuran kecil/anjur untuk memberi kelebaran maximum & menghalang pengguna tergelincir jatuh.





Ukuran naik dan jejak akan mempengaruhi kecerunan tangga
Ukuran selesa:
  2P + J = 550mm - 700mm

LARIAN TANGGA

Lariansatu siri anak-anak tangga yang disusun berterusan dari lantai bawah ke lantai atas, tidak terganggu di antara lantai-lantai atau antara lantai-pelantar atau antara pelantar-pelantar. Untuk menjamin keselesaan pengguna, satu larian mesti mempunyai tidak kurang dari 3 penaik dan tidak boleh melebihi dari 16 penaik pada satu larian. Ukuran naik dan jarak ufuk setiap anak tangga dalam satu larian mesti samaPerubahan jarak ufuk akan mengganggu kemudahan pergerakan naik dan turun tangga dan merbahaya kepada penggunaLebar larian adalah antara 800 mm hingga 1000 mm untuk bangunan kediaman


CURAM


Kecondongan/kecerunan tangga dari garisan ufuk lantai/pelantardijelaskan dengan ukuran penaik dan jarak ufuk jejakSudut condong yang kecil memerlukan banyak anak tangga manakala sudut yang besar tidak selesa dan sukar didakiKecuraman yang disyorkan, max. 42° - bangunan kediaman, max. 38° - bangunan awam




RUANG ATAS KEPALA


Ruang untuk keselesaan pengguna, perabot dan alatan.
Kelegaan minima = 2000mm diukur menegak dari garisan unjur kecil ke sofit tangga/ pelantar / lantai/ rasuk.
Kelegaan minima = 1500mm diukur pada sudut tepat terhadap garisan unjur kecil.
PELANTAR
Pelantar separuh ruang
Pelantar suku ruang
PELEPAR ( BALUSTER )
 
pelepar terbuka - terdiri daripada tiang-tiang kepala tangga, susur tangan & jerejak (kayu/keluli/besi/konkrit)
Jarak pelepar tidak boleh dimasuki sfera 100mm
Pelepar tertutup terdiri daripada sekatan papan, kaca & sebarang bahan kepingan/berpanel yang dipasang pada satu bingkai ringan)
Pelepar diperlukan apabila jumlah ukuran naik > 600 mm / > 3 anak tangga. Tinggi susur tangan = 760mm - 860mm, Max = 900mm

IBU TANGGA ( STRINGER )
Tutup atau terbuka/terpotong
Ibu tangga dinding
Ibu tangga luar
Bahan - kayu, konkrit atau
logam
TELAGA TANGGA 
(STAIRWELL )
Ruang yang digunakan oleh
satu sistem tangga
 


JENIS-JENIS TANGGA


1. Tangga Larian Lurus

Dikenali juga sebagai tangga rumah kecil.
Pembinaan paling mudah dan ekonomik.
Tanpa pelantar antara.
2. Tangga Suku Pusing
Bentuk ‘L’ berpusingan 90o  dgn pelantar
Binaan biasa atau berkelok
Berkelok dapat mengurangkan ruang binaan, anak-anak tangga berbentuk 3 segi, tetapi kurang selesa sebab curam, sempit dan kurang selamat ditempat anak-anak tangga bertemu
Berkelok dengan diubah titek tengah
 3. Tangga Separuh Pusing
Juga digelar tangga ‘kaki anjing’ atau jenis ‘gunting’
Bentuk ‘U’ berpusingan 180o dgn pelantar.
Pelantar separuh ruang/ separuh pusingan.
Kebaikan susunan tangga yg mana mempunyai titek
permulaan dan titek akhir yang sama di setiap
tingkat.
Penjimatan ruang - selalu digunakan untuk tangga
rintangan api.
 
4. Tangga Geometri

Tangga pilin/ pusar (spiral/helix).
Tangga pilin dengan titek tengah yang terbuka.
Tangga elip.
-Tangga jenis ini berkualiti dekoratif dan skulptural.
Menggunakan ruang yang minima.
Tidak sesuai untuk pemindahan perabot dan alatan.
 
 


 
 
 

4 comments: